KOLEKSI SELENDANG AFIFAH ZAINI

Untuk keterangan dan tempahan

DAPATKAN SELENDANG TERKINI HUBUNGI KAMI – WHATSAPP 014 2966059 / 018 5973976

PAKAIAN MELAYU - BAJU KEBAYA

BAJU KEBAYA

Definasi Baju Kebaya dari Kamus Bahasa Melayu

[ke.ba.ya] | کباي
Definisi : baju perempuan yg bertangan panjang dan berbelah di bahagian dadanya (ditutup dgn butang, pin, atau kerongsang); ~ labuh = ~ panjang kebaya yg labuh (hingga ke lutut); ~ pendek = ~ bandung kebaya yg singkat (hingga ke pangkal paha). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Puisi Indah

Baju putih bukanlah kebaya,
     Pakai hias Baba Melaka;
Hilang jiwa tidak mengapa,
     Asalnya boleh berjumpa mata.


Sejarah Kebaya
(Rujukkan dari  https://ms.wikipedia.org/wiki/Baju_kebaya)

Menurut Denys Lombard dalam bukunya Nusa Jawa: silang Budaya (1996) Kebaya berasal dari bahasa Arab ‘Kaba’ yang bererti ‘pakaian’ dan diperkenalkan lewat bahasa Portugis ketika mereka mendarat di Asia Tenggara. [4] Kata Kebaya diertikan sebagai jenis pakaian (atasan/blouse) pertama yang dipakai wanita Indonesia pada kurun waktu abad ke-15 atau ke-16 Masihi. Hujah Lombard tentu berterima terutama lewat analogi penelusuran lingustik yang toh sampai sekarang kita masih mengenal ‘Abaya’ yang berarti tunik panjang khas Arab. Sementara sebagian yang lain percaya Kebaya ada kaitannya dengan pakaian tunik perempuan pada masa kekasiran Ming di Tiongkok, dan pengaruh ini ditularkan setelah imigrasi besar-besaran menyambangi semenanjung Asia Selatan dan Tenggara di abad ke-13 hingga ke-16 Masehi

Jenis-jenis Kebaya
(Rujukan dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Jenis-jenis_Kebaya_di_Malaysia)

Baju Belah Kebaya Panjang
Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis, mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau. Pola baju belah panjang ini masih bersifat 'mengurungkan' anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah dan berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju belah panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai 'baju panjang' dan 'kebaya panjang'. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga.

Kebaya Kota Bharu
Di namakan Kebaya Kota Bharu kerana kebaya ini secara tradisinya dipakai wanita-wanita Kota Bharu dan Kelantan. Apa yang membezakan kebaya Kota Bharu dan kebaya-kebaya lain yang terdapat di Malaysia adalah dibahagian depan dada baju kebaya tersebut ia mempunyai kancing, kebaya kota bharu ini juga mirip kepada kebaya di pulau Jawa terutama di kota Bandung yang di panggil Kebaya Kutu Baru.

Kebaya Riau-Pahang
Di Pahang pula, baju kebayanya dikenali sebagai baju Riau Pahang atau dipanggil Kebaya Turki, perbezaan Kebaya ini dengan Kebaya lain yang terdapat di Malaysia adalah mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang [3] tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.

Kebaya Nyonya
Fabrik yang biasa digunakan untuk membuat kebaya Nyonya dinamakan kasa rubia. Kain tenunan kosong ini jarang, ringan dan diperbuat daripada benang pintal yang halus. Benang yang digunakan untuk menjahit fabrik biasanya benang sulaman mesin daripada kapas, sutera atau polister. Pada zaman dahulu, fabrik dan benang yang digunakan untuk membuat Kebaya Nyonya adalah daripada jenis yang bermutu paling tinggi dan diimport dari Eropah dan sesuai dengan status Nyonya.

Kebarung
Kebarung adalah merupakan gabungan singkatan perkataan baju kebaya dan baju kurung. Busana yang berasal dari Negeri Selangor ini amat popular dan diminati pada awal 90-an. 

Kebaya Chitty[sunting | sunting sumber]
Seperti wanita Selat atau Nyonya Cina, Kaum India Chitty juga mempunyai kebaya tersendiri. Sudah tentu, terdapat beberapa perbezaan di antara kebaya yang dipakai oleh Peranakan India dan Cina. Kebaya Chitty agak konservatif amnya memihak kepada bahan legap untuk kebaya mereka, berbanding kebaya Nyonya yang lebih suka kain separa telus. Kebaya Chitty juga cenderung untuk plainer, dengan sulaman halus atau tiada langsung - Tidak seperti Nyonya kebaya, yang sering dihiasi dengan jahitan yang agak teliti dan halus. Satu lagi perbezaan adalah bahawa wanita Chitty juga memakai kebaya labuh (kebaya panjang) serta kebaya pendek (kebaya hip-panjang digemari oleh Nyonya). 

Kebaya Saloma
Biduanita Puan Sri Saloma boleh dianggap sebagai pencipta atau pencetus trend fesyen dan gaya berpakaian wanita Malaya sejak muncul sebagai penyanyi dan pelakon filem pujaan ramai. Saloma dilihat berani mencuba dan memperkenalkan sesuatu yang baru dalam cara berpakaiannya. Pada zaman 1950-an di mana orang Melayu kuat dicengkam adat dan berpegang teguh kepada tata susula Timur, Saloma muncul dengan gaya berpakaian 'asing' bagi masyarakat Melayu ketika itu. Saloma mempopularkan fesyen pakaian ketat, menampakkan bentuk badan, potongan melepasi bahu dan menampakkan dada. Saloma turut memperagakan pelbagai jenis kebaya yang menjadi menjadi ikutan wanita Melayu pada zamannya. Fesyen pakaian dengan potongan kain kipas dan kembang, tangan melepai menjadi kemestian wanita dan artis wanita pada waktu itu. Begitu juga dengan pakaian luar ala kot yang dicetuskannya turut manjadi ikutan ramai.

Kebaya-kebaya lain
Kebaya di Selangor
Selain Kebarung, Selangor juga mempunyai Kebaya tersendiri, identiti kebaya Selangor ialah ia tidak mempunyai kolar.

Kebaya di Pulau Pinang
Di Pulau Pinang pula selain popular dengan kebaya Nyonya, terdapat juga kebaya dari kaum Jawi Peranakan iaitu kaum India Muslim seperti Kaum Mami dan Mamak, terdapat perbezaan kebaya dari kedua-dua kaum ini, kaum Mami lebih gemar mengunakkan kain lace dihiasi sulaman labuci berbeza dengan kaum mamak yang lebih gemar mengunakkan kain Sari untuk dijadikan Kebaya.

PAKAIAN MELAYU - BAJU KURUNG

BAJU KURUNG
Definasi Baju Kurung dari Kamus Bahasa Melayu
[ku.rung] | کوروڠ
Definisi : ; baju ~ sj baju (pakaian) tradisional orang Melayu (dipakai oleh wanita), bertebuk bulat di leher dgn sedikit bukaan di bahagian dada, berlengan panjang, dan berpesak di kiri kanan: dia kelihatan ayu dgn baju ~ merah jambu itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat

Puisi Indah
Baju kurung pakaian asli,
     Turun-temurun bangsa Melayu;
Lagi cantik bertambah seri,
     Dipandang lama rasa tak jemu.


Sejarah Baju Kurung
(Rujukan dari :https://ms.wikipedia.org/wiki/Baju_kurung )

Dari segi sejarahnya, baju kurung dikatakan mempunyai kaitan dengan pakaian 'djallabiyah' yang berasal dari Mesir di mana ia diertikan sebagai baju longgar. Adalah sukar untuk membuktikan dengan tepat sejak bilakah baju kurung mula dicipta dan dipakai oleh masyarakat Melayu. Persoalan tentang siapa yang mula-mula menghasil dan memakainya timbul kerana baju kurung dalam bentuk asalnya telah dipakai oleh pelbagai etnik di wilayah Nusantara. Berdasarkan beberapa maklumat;

Archjadi Judi (1986), baju kurung telah diperkenalkan di Indonesia oleh pedagang Islam dan India. Walau bagaimanapun, potongan baju ini juga dipercayai telah menerima pengaruh Timur Tengah seperti potongan leher berbentuk tunik, iaitu bentuk leher yang mula-mula dipakai oleh orang Arab zaman silam.
Semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka pula, penduduknya telah mempunyai pakaian mereka sendiri, iaitu pakaian baju kurung melayu asal, baju yang dipakai oleh mereka ketika itu dalam keadaan ketat dan singkat berbeza daripada baju kurung sekarang yang longgar dan labuh. Berdasarkan maklumat Sejarah Melayu, Tun Hassan Temenggung merupakan orang pertama mengubah suai bentuk baju kurung asal kepada bentuk baju Melayu yang dipakai kini.
Seorang pengkaji sejarah pakaian dan tekstil, Gettinger (1979) pula telah menyatakan baju kurung merupakan pakaian yang dipakai oleh penari istana di Palembang. Beliau juga menyatakan pakaian tersebut popular di Sumatera pada abad ke-20.
Tenas Effendy (1989) telah mengumpul ungkapan orang tua di daerah Riau, daerah rumpun Melayu yang terdekat dengan Malaysia (Semenajung Tanah Melayu) tentang baju kurung. Baju kurung yang digambarkan oleh beliau ialah baju kurung teluk belanga atau baju kurung yang dijahit dengan jahitan tulang belut di bahagian leher yang nampak halus dan rapi. Pakaian ini merupakan pakaian wanita yang bersopan dan juga pakaian setiap ahli dalam golongan masyarakat untuk pelbagai majlis dan adat.
Mengikut Siti Zainon (2006) pula, baju kurung ialah pakaian yang popular di kalangan orang Melayu. Pakaian ini merujuk kepada pola panjang untuk baju wanita, manakala pola pendek untuk baju lelaki. Baju kurung mempunyai ciri khusus yang membezakannya dengan pakaian lain. Pengertian kurung mempunyai persamaan dengan konsep pakaian menutup anggota tubuh. Ciri ini didapati menepati dengan konsep cara Melayu selepas kedatangan Islam. Beliau juga telah mendapati pelbagai jenis kurung mendapat inspirasi daripada baju kurung, antaranya ialah Kurung Pahang, Kurung Kedah, Kurung Cekak Musang dan Kurung Teluk Belanga. Kini baju kurung yang labuh paras lutut hanya disebut sebagai baju kurung sahaja dan telah dikhususkan untuk pakaian wanita.


Jenis-Jenis Baju Kurung
(Rujukan dari :https://ms.wikipedia.org/wiki/Baju_kurung )
Baju Kurung Teluk Belanga
Baju Kurung Teluk Belanga atau Baju Kurung Johor mula diperkenalkan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar tatkala Almarhum bersemanyam di Teluk Belanga Singapura dan berpindah ke Tanjung Puteri pada tahun 1866 (kini dikenali Johor Bahru). Almarhum menetapkan supaya baju perempuan labuhnya hingga bawah lutut dengan alas lehernya halus dan tidak berkocek. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan pada bahagian leher seperti mata lalat, tulang belut dan insang pari. Semasa pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pakaian tersebut telah diubah mengikut cadangan Allahyarham Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor Pertama, satu kocek pada baju perempuan. Hari ini, Baju Kurung Teluk Belanga menjadi sinonim dengan baju kurung tradisional yang standard. Ia mengenakan kain yang disusun di sebelah kiri.

Baju Kurung Cekak Musang
Baju Kurung Cekak Musang adalah sama dengan Baju Kurung Teluk Belanga kecuali pada bahagian lehernya. Leher Baju Kurung Cekak Musang ada kolar. Kolar tersebut hanya selebar satu jari dan kedudukannya menegak. Pada bahagian hadapan kolar ada bukaan panjang yang berkancing. Potongan baju ini dipercayai menerima pengaruh dari India dan China.

Baju Kurung Kedah[sunting | sunting sumber]
Baju Kurung Kedah dipercayai berasal dari Selatan Thai, kerana baju tersebut menyerupai blaus pendek dibuat singkat sampai ke paras punggung di selatan Thai. Baju Kurung Kedah terdiri daripada baju yang longgar dan diperbuat daripada kain cita (kapas) yang berbunga kecil ataupun kain kasa tebal atau nipis yang jarang serta potongan leher bujur sireh. Baju Kurung Kedah dipakai bersama kain sarung. Kain sarung diikat ambak mengalur dan di masuk sebelah kiri atau kanan. Baju Kedah boleh disifatkan sebagai pakaian seharian atau pakaian basahan.

Baju Kurung Melaka
Pakaian tradisional wanita Melayu Melaka pula selesa mengenakan baju kurung teluk belanga dengan mempunyai hiasan dada dihiiasi sibar layang dari baldu bertekad manik dan labuci.

Baju Kurung Pahang

Baju Kurung Pahang atau dikenali sabagai Baju Kurung Riau Pahang pula menyingkap pertalian sejarah antara kedua negeri Riau dan Pahang. Walaupun Riau dan Pahang adalah dua buah negeri yang berjauhan, perhubungan politik dan sosial budaya yang terjalin sewaktu zaman kerajaan Melayu Melaka terserlah dengan terciptanya potongan pakaian ini yang juga dikenali sebagai Baju Belah atau Baju Kebaya Turki. Berbeza dengan pesak baju kurung, kedua-dua bahagian tepi Baju Kurung Riau Pahang berpesak kembang yang disambungkan kekek gantung. Baju berkolar tinggi ini amat menarik sekali dipakai dengan tujuh atau sembilan butir butang.

Koleksi Affifah zaini terbaru tudung bawal sutera dan crepe


Koleksi  dari kain terpilih dijahit kemas dan dihiasi manik.

Tudung bawal sutera mempunyai corak warna menarik. Ianya diperbuat dari kain sutera lembut. Sesuai untuk semua lapisan, dipakai untuk majlis tertentu atau kemana sahaja.

Sementara tudung bawal crepe diperbuat dari kain lembut. Sangat mudah untuk dijaga dan tidak mudah berkedut. Fabrik ini sesuai dipakai kerana tidak panas.  

Kami juga memberi diskaun yang amat menarik bergantung kepada kuantiti pesanan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Selendang bawal silk dengan corak menarik
Bawal Silk RM 60

Selendang bawal crepe dengan berbagai warna pilihan
Good quality Bawal Crepe : RM 20.00



Koleksi Afifah zaini selendang shawl dan bawal


Koleksi Afifahzaini diperbuat dari kain berkauliti dan dijahit kemas. Harga ditawarkan amat menarik.


Jenis selendang daripada koleksi Afifah Zaini
1. Satin Shawl
2. Printed/Pucci Shawl
3. Printed/Pucci Halfmoon Shawl
4. Bawal Satin Printed
5. Flower Crape Shawl
6. Dokah Crepe Shawl

Koleksi kami adalah terhad. Sila hubungi kami untuk mengetahui stok yang masih ada.

Nota: Harga tidak termasuk kos penghantaran


Satin shawl dengan berbagai warna pilihan
Satin Shawl : RM 20.00


Printed Shawl dengan berbagai warna dan corak pilihan
Printed/Pucci Shawl : RM 40.00


















Pucci halfmoon shawl dengan berbagai warna dan corak pilihan
Printed/Pucci Halfmoon Shawl : RM 50.00





Bawal satin printed dengan berbagai corak pilihan
Bawal Satin Printed : RM 80.00











Flower crepe shawl dihiasi dengan manik yang menarik
Flower Crepe Shawl : RM 35.00
Dokah crepe shawl dihiasi dengan manik yang menarik
Dokah Crepe Shawl : RM 35.00




Koleksi selendang afifah adalah terdapat berbagai corak dan warna

Selendang Afifah sesuai untuk semua